A Girl Life Story ♥
AboutLinksStuffEntries
________________________________________________________________________________________
Thursday, 16 June 2016 | 21:18 | 0 Budak Comel

Assalamualaikum.

jujur hati dan fikiran ini tidak berhenti memikirkan perkara yang sudah berlaku.
kenapa aku masih tidak dapat lupakan semua yang pernah berlaku dalam hidup aku?
hari demi hari, aku cuba buang perasaan yang tersimpan dalam hati ni, tapi setiap kali aku buang ia akan datang kembali.

hari demi hari, aku berazam nak lupakan apa yang pernah berlaku tapi kenapa sukar?
jujur, bukan mudah untuk bangkit setelah jatuh.

banyak benda yang aku rasakan aku tak boleh buat.
adakah aku dapat buat.
boleh ke aku berjaya.
semua nya menjadi persoalan.

Moga ada jalan penyelesaian yang akan dikurniakan olehNya kelak.

0 Comment Lah :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Follow Dan Like Kalau Suka :D

________________________________________________________________________________________
Monday, 7 December 2015 | 01:23 | 0 Budak Comel


Penat.
Hati terlalu penat memendam rasa dengan sikap orang sekeliling.
Hati terlalu penat menjaga perasaan orang lain sedangkan perasaan sendiri tak terjaga.

Aku tahu,
Tak akan ada sesiapa yang faham perasaan ini melainkan Ilahi.

Aku yakin,
Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian yang terjadi.
Pasti hati ini akan makin tabah kerana ujian dariNya.

Apa yang pasti,
Aku mahu jauhkan diri dari semua orang,
Terutama sekali orang yang pernah melukai hati ini.
Kerana aku ingin mencari ketenangan,
Ingin mencari siapa diri aku yang sebenar.

Aku tidak mahu dijatuhkan maruah oleh orang sekeliling.
Aku tidak mahu dimalukan didepan orang ramai.

Moga Allah mendengar rintihan hati yang hina ini,
Kerana aku yakin Allah itu Maha Penyayang.

Allah juga tidak mezalimi hambaNya,
Tetapi hambaNya lah yang menzalimi diri sendiri.

Apa yang terjadi adalah disebabkan dosa kita sendiri.
Kerana bumi ini bulat,
Bila kita menyakiti orang lain, orang lain pula akan menyakiti kita.
Berhati hati dengan setiap perbuatan kita.

Yang pasti,
Sabar itu penting dalam mengharungi kehidupan yang penuh onak duri.

Yang bersedih jika seribu manusia meninggalkanmu,
Tapi bersedihlah jika Allah meninggalkan kita.
Biar tiada kawan dalam hati,
Asalkan ada Allah dalam hati kita.


0 Comment Lah :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Follow Dan Like Kalau Suka :D


PAST


_______________________________________
◕ About Me ◕


Welcome to My Blog, enjoy yeah. My Instagram: @haanisah_

_______________________________________
◕ Song ◕

_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google



Shoutbox






N Y S A O T H M A N