Fungsi Windows 8 ~


hari ini, 4/09/2012 cikgu hasnaila memberi tugas tentang perkara baru. :)

Windows 8 telah pun dimaklumkan akan dilancarkan pada penghujung bulan Oktober kelak, dan kini beberapa info berkenaan versi akhir kelak mula kelihatan. Antara perubahan yang tampak jelas, salah satunya adalah sokongan skrin boot serba baru pada Windows 8 RTM (Release To Manufacturing).
Daripada skrin boot yang diperlihatkan, ia membawakan antaramuka dengan logo Metro yang diumumkan Microsoft sebelum ini.
Selain daripada skrin boot yang baru, Windows 8 juga kelihatan akan menyertakan pilihan warna terhad untuk tetingkap dan juga taskbar, membolehkan para pengguna memilih warna kegemaran mereka daripada warna yang disediakan, berbeza dengan sebelum ini yang mana pengguna bebas membuat pilihan warna.
Butang dan juga bahagian tab pada Internet Explorer 10 dilihat diperkemaskan, serta boleh berinteraksi dengan pilihan pewarnaan tema Windows 8.
Mungkin terdapat pelbagai fungsi baru lagi, yang mana masih dirahsiakan, dan akan diumumkan oleh Microsoft pada pelancaran Windows 8 kelak. Sama-sama kita nantikannya pada penghujung bulan Oktober kelak.

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)