Viber ~ Social Network :D




Cara mudah , senang dan jimat nak buat call atau panggilan dan mesej SMS secara free atau percuma dengan melalui internet atau sambungan wifi internet , kadang kadang terfikirlah juga macamana dan bagaimana hendak menggunakan perkhidmatan percuma di internet cara maksima . Senarai aplikasi membuat panggilan percuma di internet yang selalu digunakan adalah Skype , Tuitalk dan Viber . Hari ini kita berkongsi maklumat berkaitan aplikasi percuma buat panggilan dan mesej SMS percuma guna internet iaitu software atau aplikasi viber . Aplikasi percuma Viber untuk membuat panggilan percuma ini hanya untuk handphone yang guna Android dan iPhone . Sama ada pembuat panggilan dan penerima kedua dua pengguna handphone ini harus memasang aplikasi Viber ini untuk membolehkan mereka dapat perkhidmatan percuma sama ada nak buat panggilan atau mesej SMS . Maksud percuma adalah jika pengguna viber tadi sedang menggunakan wifi di pejabat , rumah atau di hotspot yang menyediakan sambungan internet melalui cara wifi secara percuma . Jika salah seorang sedang menggunakan 3 G beliau akan disamakan sedang menggunakan perkhidmatan internet macam biasa dan berbayar semasa menerima atau membuat panggilan ke handset rakannya.
Walaupun kita teragak agak menggunakannya , tahukah kamu lebih 40 juta orang telah menggunakan aplikasi buat panggilan percuma dan mesej SMS percuma dengan menggunakan aplikasi sepenuhnya percuma yang dinamakan aplikasi Viber ini. Sumber dari Viber mendapati aplikasi ini bebas dari sebarang pengiklanan dan pihak Viber menghargai setiap privasi individu yang menggunakan aplikasi panggilan dan SMS percuma untuk smartphone Android dan iPhone . Aplikasi untuk guna buat panggilan dan mesej percuma Viber ini sentiasa on di handphone anda yang bermaksud sedia menerima dan membuat panggilan jika ada sambungan internet di sekeliling atau dalam linkungan anda.
Jika nak bercakap panjang melalui aplikasi membuat panggilan atau sms free Viber ini seelok eloknya hantar mesej pendek dulu kepada rakan anda yang akan menerima panggilan percuma dari anda itu untuk mempastikan adakah dia berdekatan dengan line internet percuma seperti dekat dengan line wifi percuma iaitu di hotspot . Sebab apabila dia terima panggilan anda , dia kena guna line internet juga macam anda . Memang free aplikasi Viber ini jika sambungan internet yang anda perolehi adalah percuma .

sumber: Hashim

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)