Android 4.1 ~




Baru-baru ni Android 4.1 Jelly Bean telah pun diumumkan oleh Google. Buat masa ni, cuma model Galaxy Nexus, Galaxy Nexus S dan Nexus 7 sahaja yg dapat update Jelly Bean. Walau bagaimanapun, update ni tak sampai Malaysia lagi. Sebab malas sangat (sebenarnya tak sabar) nak tunggu, aku pun update sendiri Ice Cream Sandwich sedia ada kepada Jelly Bean. Justeru, harini aku nak cerita sikit pasal apa yang best sangat pasal Android 4.1 Jelly Bean. Teruskan Bacaan untuk mengetahui lebih lanjut.




Interface Jelly Bean tak banyak berubah dari Honeycomb dan Ice Cream Sandwich. Tambahan, JB mepunyai lebih banyak animasi transition yg menarik tak macam ICS yg cuma fade macam biasa je.

Performance dekat JB lebih lancar dan lebih pantas daripada ICS, atau versi android lama yg lain. Bilangan lag masa scroll pada aplikasi adalah sangat sedikit. Sepanjang aku guna JB, jumlah lag tu hampir boleh dikira. compared dengan ICS, aku try scroll pakai SGS2 kawan aku yg guna ICS, jumlah lagnya ya Allah, hanya tuhan yg tau. Multitasking pada JB jugak lebih senang dan lebih responsif.


Perkara yg paling menarik dalam JB ni adalah Google Now. Google Now boleh diakses dengan menyentuh-lama home button dan drag ke atas (rujuk gambar di bawah) dan ia berfungsi sama macam Siri, cuma lebih baik. Google Now memaparkan informasi berunsur “Cards” yg simple. Terdapat beberapa sokongan bahasa input suara seperti Bahasa Melayu, English US/UK dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Google now memerlukan sambungan internet.


Google Now juga boleh mencari fail local atau aplikasi sedia ada. Ini termasuk lagu, video, dokumen dan lain lain.


sumber : Izham

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)