Resepi Aiskrim Goreng !







Tak tahu lah kenapa hari ini tiba-tiba nysa teringat Aiskrim Goreng. Jom Buat !



Bahan-bahan:

10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa apa perisa)
Plastik wrap ( untuk balut roti)
Minyak


Cara-cara:


1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3.  Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik 
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.




Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat.



Letakan aiskrim pilihan.


Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah.



terus simpan dalam bahagian dinginbeku peti ais..



 simpan semalaman sebelum di goreng..



goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.



Dah siap !


Credits : Kongsi Resepi 

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)