Resepi : Del' Porridge







Bahan-Bahan:


*120 gm isi ayam ( direbus dan disiat panjang )
*240 gm beras
*1 inci halia
*3 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
*1 batang lobak merah ( hiris kecil dan panjang )
*1 liter air
*Minyak ( untuk menumis )
*Sedikit daun bawang
*Sedikit garam
*Sedikit lada sulah


Cara Membuatnya :


1. Kisar halia, bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar ini sehingga wangi.
2.Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan gaul sebati
3. Masukkan air dan didihkan sehingga beras menjadi separuh masak
4. Kemudian masukkan ayam,garam dan lada sulah. Kacau rata.
5. Apabila nasi hamper pecah, masukkan lobak merah.
6. Bubur sedia dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup untuk membangkitkan selera.



No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)