Resepi : Kek Chocolate Moist Paling Mudah





Bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan serbuk koko (diayak)
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas






Cara membuatnya


1) Pukul telur dengan gula kastor tadi sehingga kembang.
2) Masukkan satu sudu kecil esen vanilla, soda bikarbonat, dan baking powder.
3) Masukkan 1 cawan susu pekat pastu kacau dan masukkan minyak masak (guna stand mixer je senang)
4) Next, masukkan serbuk koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau.
5) Last sekali masukkan air panas satu cawan dan kacau sehingga sebati.
6) Dah siap boleh masukkan dalam loyang dan bakar atau kukus selama 1 jam. Depends dekat korang punya kek la.
7) Dah siap boleh letakkan topping. Cara memasak double boiler tadi korang boleh rujuk sini. Siap boleh letak dalam peti.




Credits: Elyana

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)