Resepi : Kerabu Nanas Dan Sotong Ringkas




Bahan-Bahan:


* 60 gm kelapa parut
*1 biji timun zucchini bersaiz kecil
*1 liter air
*300 gm sotong, dibuang kulit dan dicelur dalam anggaran seminit
*120 gm kiub nanas dalam tin

Bahan Untuk Sos:

*30 gm sambal belacan dalam tin
*15 gm kicap atau sos ikan
*15 gm gula pasir



Cara Membuat:



1. Panaskan kuali atas api yang sederhana. Masukkan kelapa parut dan goreng perlahan tanpa minyak sampai warnanya bertukar keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Bersihkan timun dan potong dalam bentuk jejari kecil
3. Panaskan air dalam periuk. Setelah mendidih,masukkan sotong dalam anggaran dua minit. Elakkan merendam terlalu lama kerana dikhuatiri sotong akan menjadi keras dan tidak segar
4. Potong sotong kepada bentuk bulat dalam saiz kecil
5. Masukkan timun,sotong,kelapa parut dan nanas di dalam mangkuk besar. Gaulkan bersama-sama sos sehingga sebati.



No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)