Resepi : Kuzi Ayam Cik Siti Wan Kembang







Bahan-Bahan:


*1 ekor ayam (dipotong ikut keperluan)
*1 paket kecil rempah kuzi
*2 cawan bawang merah (di mayam,goreng dan ditumbuk)
*5 ulas bawang merah (ditumis)
*5 ulas bawang merah ( ditumbuk untuk dilumur pada ayam )
*3 ulas bawang putih
*I inci halia
*1 susu the lada
*1 susu the jintan manis
*1 tin susu cair
*1 senduk sos tomato
*1 tin kecil tomato puri
*Sedikit cengkih,kayu manis,buah pelaga, bunga lawang.
*Ubi kentang dipotong dadu,kismis, badam (digoreng)



Cara Membuat :


1. Goreng ayam sehingga masak
2. Tumiskan bawang dan juga rempah ratus
3. Kemudian masukkan rempah kuzi, lada sulah dan jintan manis.
4. Masukkan air
5. Masukkan bawang yang ditumbuk,sos tomato,tomato puri, ayam dan susu cair
6. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa
7. Akhir sekali, masukkan ubi kentang yang digoreng tadi berserta garam dan kismis.



No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)