Resepi : Lala Masak Serai







Bahan-Bahan:


*500 gm lala
*4 ulas bawang putih (dikisar)
*3 ulas bawang merah (dikisar)
*2 cm halia (dikisar)
*1 sudu the serbuk kunyit
*6 biji cili padi dititik
*3 batang serai dititik
*1/2 batang lobak merah dihiris halus
*400 ml air
*Garam secukup rasa



Cara Membuatnya:


1. Bersihkan lala dan toskan
2. Gaul serbuk kunyit hingga rata dan ketepikan
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga harum
4. Masukkan serai,cili padi dan lobak merah
5. Masukkan air dan lala
6. Masak sehingga kulitnya terbuka dan tambahkan garam mengikut citarasa
7. Sedia untuk dinikmati



No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)