Resepi : Roti Jala






Bahan-Bahan :


*450 gram tepung gandum
*1 camca teh garam
*1/2  camca teh serbuk kunyit
*450 ml susu segar
*3 biji telur ( di pukul sedikit )
*450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
*2 camca besar mentega cair
*Minyak untuk melengser acuan roti jala


Cara Membuat :


1. Anyak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon ( ballon whisk ) untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan kisar agar lebih halus.
2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan 
4. Kacau dan isikan 80 ml adunan ke dalam acuan roti jala
5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis digunakan.

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)