Resepi : Sotong Masak Pedas







Bahan-Bahan:


*350 gm sotong
*15 gm gula pasir
*30 gm garam
*1 batang serai
*60 gm cili kisar
*8 ulas bawang merah
*30 gm air perahan asam jawa
*125 ml air
*60 gm minyak masak



Cara Membuat :


1. Hiriskan bawang merah menjadi nipis.
2. Ambil lapisan dalam serai,bersihkan dan potong nipis. Kisar lumat dengan air dan gaul hingga sebati.
3. Campur asam jawa dengan air dan gaul hingga sebati. Tapiskan untuk mendapat tekstur yang lebih halus.
4. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing. Masukkan cili kisar setelah bawang bertukar warna perang.
5. Masukkan sotong dan kacau hingga rata. Jika suka, anda boleh tambahkan garam ikut citarasa sendiri.


No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)