A Girl Life Story ♥
AboutLinksStuffEntries
________________________________________________________________________________________
Thursday, 25 April 2013 | 06:10 | 0 Budak Comel



Allahurabbi, sudah lama nysa tidak update blog. Asif Jiddan, tahun ini nysa sangat sibuk dengan persiapan PMR :) doa doa kan ya :))


Bagaimana Belajar Menjadi Satu Ibadah ?

Bagaimana mengaplikasikan ayat di atas dalam kehidupan seharian seorang remaja? Sebagaimana yang kita ketahui, remaja rata-ratanya menghabiskan kebanyakan masa mereka untuk belajar. Tidak kiralah sama ada berada di sekolah, menghadiri kelas agama atau tuisyen, terlibat dengan perbincangan berkumpulan, menyiapkan kerja sekolah di rumah, mahupun mengulang kaji pelajaran.
Sekarang semua aktiviti di atas boleh ditransformasikan menjadi ibadah. Bagaimana?

1. NIAT 

Niatkan belajar semata-mata mendapatkan keredaan Allah, mengeluarkan diri daripada kelompok orang yang jahil serta tanamkan keinginan membantu orang lain dengan ilmu tersebut.

2. SUBJEK

Belajar itu wajib jika berkenaan ilmu fardu ain dan harus jika berkenaan ilmu fardu kifayah. Jadi ia bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan syariat kerana boleh ditukar menjadi ibadah. Jika ia haram atau makruh, selama-lamanya tidak boleh menjadi ibadah.

3. PELAKSANAAN

pelaksanaannya mestilah betul. jangan mengabaikan tanggungjawab kita kepada Allah seperti solat atau menderhaka kepada ibubapa kerana ingin belajar lebih masa.

4. OPTIMUM

lakukan dengan sebaik mungkin. jika belajar, patuhi adab-adab dan pantang larangnya.

5. TIDAK MENINGGALKAN IBADAH ASAS

jangan pula mengabaikan solat fardu kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran.

6. NATIJAH

ilmu yang diperoleh hendaklah digunakan secara bijaksana, jangan pula dihalakan kepada kemaksiatan.


kesudahannya, kita belajar bukan lagi kerana mengikut sistem sedia ada, sebaliknya kita belajar kerana Allah. Dengan menggunakan konsep yang sama, setiap perbuatan boleh diterjemahkan kepada ibadah seperti makan, tidur, bersahabat, bersukan dan sebagainya.
Perlu ditekankan di sini, skop ibadah itu tidak terhad kepada ibadah ritual seperti solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Malah ruang lingkup ibadah lebih luas daripada itu. Enam prinsip di atas perlu diterapkan agar aktiviti seharian mampu merealisasikan tujuan sebenar penciptaan kita, iaitu menjadi hamba kepada Yang Esa.


Credits : Gen-Q . Isu No : 17

0 Comment Lah :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Follow Dan Like Kalau Suka :D


PAST FUTURE


_______________________________________
◕ About Me ◕


Welcome to My Blog, enjoy yeah. My Instagram: @haanisah_

_______________________________________
◕ Song ◕

_______________________________________
◕ Big Claps ◕

Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google



Shoutbox






N Y S A O T H M A N