Sunnah Menyimpan Janggut


Janggut selalunya tumbuh di bahagian pipi dan dagu. Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah yang sangat dituntut kepada kaum Adam?

Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya:

"hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat" (RiwayatMuslim)

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafi'i adalah makhruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan terurus dan kemas.


Kelebihan Menyimpan Janggut:

1. Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.
2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebelum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
4. Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.
5. Menghindari daripada mendapat penyakit tekak dan gusi
6. Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti asma.
7. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.
8. Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.


Kekurangan Mencukur Jangut:

Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.


Credit : Gen-Q. Isu no :17

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)