Hati Yang Suci


                                                 


Ungkapan "baju yang kotor boleh dicuci, tapi hai yang suci sukar dicari". Memang betul, hati yang suci hanya ada pada mukmin dan mukminah yang sejati. Hadith yang diriwayat Ahmad yang membahagikan hati kepada empat jenis iaitu:

1. Hati yang bersih yang di dalamnya ada cahaya yang sentiasa bersinar sinar. Itulah ahti orang Mukmin.
2. Hati yang hitam dan terbalik kedudukannya. Itu adalah hari orang orang kafir.
3. Hati yang tertutup dan terikat dengan penutup. Itu hati orang munafik.
4. Hati yang musfah (melintang) tidak berdiri tegak dan tidak terjungkir. Di situ ada keimanan dan di situ ada kemunafikan. Mana yang lebih banyak di situlah dia tergolong.

Kita hanya mahukan hati yang pertama iaitu hati yang bersih dan suci yang menjadi syarat Allah SWT untuk menemuiNya. Hati yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri datipada kejahatan dan kebatilan serta meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Sebanyak manapun amalan dan ibadat yang kita lakukan, jika diriingi riak, ujub atau sombong amalan itu takkan ke mana. Selalulah kita check hati kita supaya bersih dan suci dalam setiap amalan untukNya. Hai yang suci menzahirkan wajah dan hati yang tenang. Jagalah hati, jangan di cemari maksiat duniawi.

-Cahaya



No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)