Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W



Khutbah ini disampaikan pada 9hb zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kelapa pemiliknya yang berhak. Janganlah kmau sakiti sesiapapum agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, mulai saat ini segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.blayanilah wanita wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh mengizin masuk orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan mereka dilarang melakukkan zina.

Wahai manusia, dengarlah baik baik kata kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta lamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari lainnya kecuali atas dasar taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa, kamu akan menghadap Allah ada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan daang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnyaaku tinggalkan kepada kamu dua perkara uang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklahorang orang yang mendengar ucapanku ini, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kataku dari mereka yang mendengar dariku secara langsung. Saksikanlah Ya Allah, abahwasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba hambaMu. 

Hadis riwayat Al Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Maajah dan lain lain


No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)