La tahzan, innallaha ma'ana

                                                 
                                             

Jujur, aku tidak pernah kuat tempuhi semua ini.

Jujur, aku penat untuk menangis saban hari.

Tapi, apakan daya,
Aku perlu tempuhi semua ini walaupun dalam keadaan terpaksa.
Aku tahu,
Allah, menguji tandanya sayang bukan benci.
Aku tahu,
Allah sedang merancang kebahagiaan untukku pada masa akan datang.
Aku selalu memikirkan perasaan manusia,
Sehingga aku lupa Sang Pencipta.
Mungkin melalui ujian ini aku dapat kuat pada masa depan.
Sungguh aku berharap,
Untuk pergi dari sini dan tidak kembali..
Aku redha dengan semua ini, mungkin ini kafarah dosaku.
Dan mungkin dengan ujian Allah ini, aku mampu rapat dengan Pencipta.
Aku hanya manusia biasa,
Yang hanya berharap dan berdoa..
Jujur, aku tidak kuat.
Tapi kerana Allah aku perlu kuat.

"Yaa Qawwiyyu Yaa Matin" 

- #DiariSeorangMuslimah

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)