Belajar Kerana Allah

                                             
                                        


Jangan bangga dengan apa yang anda miliki,
Sebaliknya bersyukur lah..
Rezeki Allah itu ada di mana mana sahaja,
Tak semestinya rezeki tu hanya dalam peperiksaan.
Jika mendapat keputusan yang cemerlang,
Usah bangga diri,
Kerana keputusan itu tidak menjanjikan apa apa.
Jika benar kamu belajar kerana Allah,
Pasti kamu tidak akan iri hati dengan kejayaan orang lain,
Pasti markah peperiksaan kamu tidak menjatuhkan semangat kamu,
Sebaliknya kamu akan belajar redha dan bersyukur,
Malah kamu juga turut bahagia melihat kejayaan orang lain,
Kerana belajar kerana Allah ialah ingin mendapat redha Allah,
Bukan kerana kamu ingin mendapat markah yang tinggi.
Moga ianya bukan lah satu istidraj buat diri ku dan diri kamu.

- #DiariSeorangMuslimah

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)