Kesayangan


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kita patut bersyukur sebab Allah masih beri nikmat bernafas pada hai ini.

Seoarang sahabat saya,
Yang sudah hampir 10 tahun berkawan,
Ibunya sudah dijemput Ilahi.

Inalillahwainailahiraojiun.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali.
Al Fatihah.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Walau banyak pahit dan manis dan persahabatan kami,
Tapi apabila dia terasa sakit, saya turut terasa.
Ini membuatkan saya membuka mata,
Mungkin selepas ini giliran kita.

Tahun ini dia SPM,
Allah uji dia dengan ujian sebegini.
Tapi saya tahu dia kuat.
Sebab Allah akan uji hambanya mengikut kemampuan hambanya.
Saya tak dapat bayang macam mana dia hadapi ini.

Dan ini membuatkan saya untuk lebih menghargai ibu dan ayah.
Kerana ibu dan ayah tiada gantinya didunia ini.
Mereka insan yang istimewa Allah berikan untuk kita.

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)