Kawan atau sahabat?


Assalamualaikum..


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku tidak mampu untuk kuat.
Tapi, kerana Allah aku harus kuat.
Manusia memang datang dan pergi.
Apakan daya, aku harus telan kepahitan demi kepahitan ini.
Saban hari, aku masih mencuba untuk mencari kebahagiaan di sebalik kedukaan ini.

Dalam hidup ini, yang paling penting, jangan putus asa.

Aku bersyukur, 
Melalui ujian yang diberi oleh Allah,
Aku mampu mengenali siapa 'true friends' dan 'fakefriends'.

Walaupun kita berkawan yang beribu orang,
Ternyata bukan semua itu ada waktu kita susah.

Aku mulai sedar, siapa kawan yang sebenar.
Dan aku harus pertahankan ukhuwah ini.

Kawan, 
cukuplah kau sakiti ku dengan sikap dan perbuatan mu.
Aku tak mampu untuk bertahan.
Aku tak mampu untuk terus menangis kerana mu.
Tolong, jangan buat ku semakin terluka..
Jika perpisahan yang terbaik, maka tinggalkan lah aku.
Jangan lah kau terus 'talam dua muka'

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh.
Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yg disajikan Allah padamu.
 "Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur"

Sahabat,
Aku mohon agar kau tetap ada disisi ku.
Diwaktu senang dan susah.
Kau lah pembakar semangat ku.
Moga Allah pelihara ukhuwah kita.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
 Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
 Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.




No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)