Kenapa?


Kenapa kau perlu lihat kekurangan orang lain,
Tanpa kau sedar yang juga memiliki kekurangan?

Ingat,
Allah menciptakan setiap hambaNya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Tolong lah fikir,
Perasaan orang yang kau hina tu.
Dia juga manusia seperti kau yang mempunyai perasaan.

Kenapa kau selalu hina dia?
Sedangkan dia tidak pernah kacau hidup kau.

Ingat,
Bukan mudah dia nak bangkit dari segala keperitan ini.
Aku marah kerana aku juga pernah lalui keperitan itu.

Hidup ini ibarat roda.
Mungkin hari ini kau berada di atas,
Kau merendahkan orang,
Ingat esok lusa kau akan berada di bawah,
Mungkin orang lain pula yang akan merendahkan kau.

Jangan lupa balasan Allah terhadap setiap perbuatan kita.
Kafarah.

No comments:


Syukran Kerana Sudi Membaca :)